-

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, November 8, 2012

Strategi Ketenteraan dan teknikal analisis pasaran kewangan

Dalam dunia yang penuh desakan ekonomi sekarang ini, menceburi bidang perniagaan pasaran kewangan seperti Forex, komoditi dan stock adalah pilihan yang tepat dimana pasarannya yang sangat luas sehingga mencecah 4 trillion USD transaksi urusniaga sehari untuk tukaran wang asing. Walau bagaimanapun adakah anda sedar bahawa melibatkan diri dalam pasaran kewangan ini di ibaratkan seperti anda menghadapi perperangan yang tiada berkesudahan.

Tujuan saya membuat analogi perperangan ini adalah untuk membuka mata mesyarakat tentang beberapa mitos dan salah tanggapan mengenai perniagaan ini. Fakta yang cuba saya sampaikan adalah kepentingan mempelajari teknikal analisis dalam berurusniaga. Mungkin dalam fikiran kita, mempunyai wang yang banyak dan mengetahui berbagai-bagai teknik entry sudah cukup untuk menjamin kejayaan?

Dalam keadaan realitinya, ia seperti perperangan melibatkan strategi & taktik untuk mencapai sesuatu objektif dari masa ke semasa tanpa mendedahkan kelemahan secara terbuka. Fakta ini bersesuaian dengan idealogi Sun Tzu, general tentera Cina 722-481 S.M (king Helu of Wu) ‘Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat’- The Art Of War. Penegasan di sini adalah strategi dan teknik adalah dua perkara yang berbeza. Gabungan antara strategi dan teknik adalah teknikal analisis yang akan merumuskan kedudukan kita dalam keadaan ‘advantage’ sebagaimana dalam fenomena pasaran kewangan. Buy atau Sell semua akan memperolehi keuntungan tetapi buy atau sell manakah posisi terbaik pada ketika itu? Ini lah persoalan yang saya jelaskan kepada ahli Jaguh Academy.

Dalam teknikal analisis pasaran kewangan ini. Saya percaya ramai yang beranggapan ianya mestilah sesuatu yang kompleks dan mesti mempelajari pelbagai teknik entry untuk berjaya dalam trading? Daripada idealogi perperangan saya ambilkan contoh era perperangan dingin, konflik ketenteraan antara Viatnam utara (Viet-Cong) dengan gabungan viatnam selatan – Amarika syarikat sekitar tahun 1955-1975.

Kekuatan ketenteraan dan kemudahan teknologi ketenteraan Amarika Syarikat pada ketika itu jauh melebihi kekuatan yang dimiliki tentera Viatnam Utara. Tetapi akhirnya apakah kelebihan ketenteraan Viatnam Utara sehingga memaksa pengunduran tentera Amarika Syarikat pada ketika itu sehingga mengejutkan seluruh mata dunia? Ramai Ahli pengkaji politik dan pakar strategik ketenteraan seluruh dunia merumuskan perangkaan strategik yang terkawal bersesuaian dengan persekitaran yang berubah-ubah memberi kelebihan kepada Viatnam Utara pada ketika itu. Ini adalah hakikat bagaimana penguasaan dalam ‘analytic skill’ lebih penting daripada teknik entry itu sendiri.

Penguasaan dalam analytic skill atau teknikal analisis secara tidak langsung akan memberi lebih keyakinan dan penguasaan emosi dalam setiap tindakan urusniaga kita. Secara peribadi saya banyak menggunakan prinsip ‘The Art of War-Sun Tzu’ di dalam perniaggaan saya sama ada dalam pasaran kewangan mahupun korperat. Saya juga berpendapat Sifat-sifat yang mesti ada pada seorang trader seperti disiplin, sabar, bijak dan determination adalah sifat yang dimiliki juga oleh seorang general tentera. Sebelum menutup bicara, saya ingin sampaikan sebuah kata-kata “ Banyak perkara yang kita anggap susah sebenarnya mudah sebaliknya perkara yang kita anggap mudah adalah susah

3 tips untuk menjadi trader yang professional

Bagaimana untuk mempunyai pemikiran seperti trader yang professional? Cara trader pasaran kewangan professional berfikir mengenai pasaran forex adalah jauh berbeza daripada cara trader yang baru menceburi dalam bidang pasaran kewangan berfikir.

Secara dasarnya, perbezaan dari segi perspektif dan psikologi yang akan menentukan sama ada anda akan menjadi seorang trader pasaran kewangan yang berjaya atau menjadi antara lambakan trader pasaran kewangan yang gagal.

Jadi, bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti mana trader pasaran kewangan professional dan sekaligus meletakkan diri anda di kalangan trader pasaran kewangan yang berjaya?

Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips di dalam artikel ini.

1. Jangan jadikan aktiviti trading pasaran kewangan suatu perkara yang merumitkan.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti trader pasaran kewangan professional adalah membuang semua indikator-indikator atau robot-robot yang telah membuatkan chart pasaran kewangan anda kelihatan semak dan serabut.

Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila ramai di kalangan trader pasaran kewanganyang baru tidak ingin membuang indikator forex dan robot pasaran kewangan yang mereka gunakan.

Sebenarnya, benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk menghasilkan keuntungan yang konsisten dalam trading pasaran kewangan. Malah benda-benda ini yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading anda dan sentiasa akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika dalam trading.

Membuatkan trading pasaran kewangan sesuatu yang rumit merupakan salah satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh trader pasaran kewangan yang baru. Secara jujurnya, proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten melalui pasaran kewangan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan proses ini semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak efektif didalam trading anda.

Ianya lebih dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan strategi dalam trading pasaran kewangan. Saya percaya, jika anda sudah dapat biasakan diri dengan syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan terasa betapa mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah menghantui anda dalam trading pasaran kewangan.

2. Jangan terlalu risaukan tentang news dan fundamental dalam aktiviti trading forex.
Tidak ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah penggerak harga pasaran pasaran kewangan tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan berbanding mencuba untuk trading mengikut news.

Kebanyakan trader pasaran kewangan yang berjaya memilih untuk trading forex dengan menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex yang bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart pasaran kewangan anda. Harga pasaran pasaran kewanganyang dipaparkan di chart pasaran kewangan anda adalah keputusan akhir daripada news yang diumumkan.

Jadi, jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader pasaran kewangan yang professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading pasaran kewangan secara teknikal daripada risaukan tentang news pasaran kewangan yang bakal diumumkan.

3. Elakkan diri daripada mengikut emosi ketika trading pasaran kewangan.
Sebenarnya kebanyakan trader pasaran kewangan yang baru telah meletakkan diri mereka dalam keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam trading dengan cara yang salah.
Pertama sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik dan betul. Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading yang tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan tidak menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif.

Trader pasaran kewangan yang professional sentiasa sedia maklum yang money management yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat didalam trading pasaran kewangan. Jadi, anda perlu jadikan money management yang betul satu tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah seorang trader yang beremosi didalam trading.

Perkara yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading. Apa yang perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader pasaran kewangan yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader pasaran kewangan professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang.

Ilmu yang sedikit tetapi betul sudah memadai dalam trading

Untuk kita menjalankan urusniaga dengan selesa kita perlu memahami maksud sesuatu maklumat yang diberi oleh chart. Dengan hanya mengenali nama dan tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku disebalik itu selalu akan memerangkap kita dalam situasi yang tidak kita ingini. Ia bagaikan dongeng tapi itulah situasi yang kerap terjadi di dalam urusniaga trading.

Didalam trading mengapa ada situasi buy dan sell? Situasi ini terjadi disebabkan keinginan manusia untuk mengaut keuntungan dari belian yang murah dan boleh menjual dengan harga yang mahal dan sebaliknya.
Ia adalah konsep perniagaan yang mudah difahami. Tiada satu orang pun yang mahu menjalankan perniagaan dan mahu mengalami kerugian.

Oleh itu tiada perniagaan yang boleh dijalankan hanya dengan membuat tekaan semata-mata. Pengetahuan kita dalam sesuatu perniagaan sangat penting sebelum menceburinya. Termasuklah urusniaga didalam trading.

Perbezaannya didalam trading, kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak tetapi jika kita boleh menggunakan secara maksima apa yang kita ketahui, ianya sudah memadai. Ramai yang beranggapan trading ini terlalu bahaya dan rumit maka mereka cuba untuk menimba seberapa banyak ilmu sehingga menyukarkan mereka untuk memilih mana satu yang patut digunakan. Sebaliknya ada juga yang berfikiran ambil mudah sehingga tidak perlu belajar dan hanya memadai belajar melalui internet.

Sila renungkan fakta-fakta ini.

  1. Sekiranya trading ini terlalu mudah mengapakah ramai trader yang gagal dan bilangan itu terlalu besar sekali, tetapi mereka yang gagal masih tidak serik serik dengan keadaan itu. Jawapannya adalah kerana mereka beranggapan ia boleh dikaji dengan mudah tanpa mempelajari cara yang betul untuk berurusniaga trading. Ingin saya ingatkan, pasaran trading bukan satu entiti yang bersifat mekanikal (bersifat tetap), tetapi ianya adalah bersifat organik dimana pasaran berubah-ubah mengikut kehendak belian dan jualan.
  2. Sekiranya trading itu tidak boleh menguntungkan, mengapa bank-bank menjalankan perniagaan ini? Adakah kita berfikiran mereka tidak tahu untuk menilai sesuatu perniagaan? Mereka inilah golongan yang banyak mengaut keuntungan dari trading.

Oleh itu sekiranya anda memilih trading ini sebagai salah satu sumber pendapatan, saya amat setuju kerana saya juga melakukan perkara yang sama. Walaubagaimana pun untuk kita berjaya, kita perlu melalui proses dan ia mungkin panjang dan juga mungkin sebaliknya bergantung kepada kemahuan dan sikap individu itu sendiri untuk berjaya.

Nasihat ikhlas dari saya sekiranya anda mahu berjaya dalam trading anda tidak perlu membuat kajian sendiri ,sebaliknya fahami apa yang diajar oleh mereka yang mempunyai pengalaman.